Jelas beliau, kegagalan insitusi keluarga menjadi punca utama mengapa kanak-kanak di bawah umur melakukan kesalahan jenayah seumpama itu.
"Apa sudah jadi hari ini dengan anak muda kita? Bagaimana mereka dididik dan dibesarkan untuk mereka membezakan mana baik dan buruk?
"Mengapa kumpulan remaja ini sanggup terlibat dalam perbuatan ganas seperti membakar (pusat tahfiz)?," katanya semasa ditemubual dalam Buletin Awani Khas di sini
Pada masa sama katanya, ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai pergerakan anak-anak mereka bagi mengelak mereka melakukan kesalahan jenayah.
"Apa peranan ibu bapa? Adakah mereka tahu apa mereka lakukan? Ditambah pula dengan faktor media sosial yang banyak memberi kesan kepada anak muda hari ini," ujarnya.
Justeru, beliau berharap tragedi yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menjadi iktibar dan semua pihak terlibat perlu memainkan peranan masing-masing dengan mengambil tindakan sewajarnya agar kejadian sama tidak berulang.
Pada Sabtu, polis menahan tujuh remaja bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Mereka berumur di antara 11 dan 18 tahun dan bukan pelajar dari pusat tahfiz berkenaan.
Penahanan itu dilakukan hasil pengecaman wajah seorang remaja melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut.
23 orang termasuk dua penjaga pusat tahfiz terkorban dalam kebakaran yang berlaku pada Khamis lalu.
(Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bakar-pusat-tahfiz-apa-sudah-jadi-dengan-anak-muda-kita-155475)
No comments:
Post a Comment