No 1. Solat solat solat. Jangan tinggalkan walaupun sehari pun.
Panduan Bentuk Akhlak Anak Lelaki, No. 1 Wajib Buat, 4 Lagi Larang Sekeras-kerasnya Selagi Belum ‘Matang’
Showing posts with label Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Show all posts

Tuesday, September 19, 2017
Monday, September 18, 2017
When the fact is too bitter to shallow
I think that the resentment came from not only the 'ejekan' but because of the hate & jealousy thst was there from the start..
The tahfiz boys was the epitome of something that they were not and could never be..

The victims had bright future.. loved by parents enough to be sent there.. monitored & disciplined by teachers.. looked upon by society with admiration.. budding scholars.. nutritious food were provided for them everyday..
While the perpetrators had no education to their name, probably not even a birth certificate.. activities totally ignored by parents and certainly the parents did not love them enough to make sure they were sent to school.. they had no teachers to guide them and be their mentors.. society probably looked at them with scorn and disgust and probably some compared them openly with the tahfiz boys.. others would pretend they were invisible, which is worse in many ways.. their only food was drugs.. future already very dark & hopeless..
The 'ejekan' was only a catalyst for what they had been wanting to do for a long time, the final straw..
When they were burning live humans, for them murder was just a by-product of them erasing the embodiments that reminded them just how much of - for lack of bettter word - LOSERS they were
The remorse & guilt was not there, because for them they were just destroying something that had irked them for a long time.. they never think that the 'something' had souls.. or families..
The consequences did not matter, it never did for people who had long lost their cause-and.-effect and empathy part of the brain due to intoxicating substance
This is my only explanation for something so heinous & disturbing that it keeps you awake at night.. it is no comfort, just a theory so that somehow you can digest that something like this exist in this world.. just digest and that's it, because acceptance will never come..
(Dari FB Kisyanda Mariz Mohamed)
Remaja. Bukan senang mendidik mereka.
Saya memang terkedu sungguh bila tahu tentang dalang di sebalik kebakaran Tahfiz Ittifaqiyyah. Ia sama sekali diluar jangkaan saya.
23 nyawa terkorban sekelip mata gara-gara dosa dan kesilapan anak-anak remaja. Allahu Rabbi. No word can describe my heart!
Remaja! Saya juga pernah menjadi seorang remaja. Kini menjadi ibu kepada anak-anak remaja. Kadang pening kepala juga dengan kerenah mereka!
Saya tahu betapa remaja kadang berbuat sesuatu tanpa fikir panjang. Tak fikir kesan. Buat. Kadang berbangga-bangga. Buat. Kadang menyesal tak terhingga.
Remaja. Bukan senang mendidik mereka.
Menjaga keperluan mereka di rumah, memantau perlakuan dan pergaulan mereka di luar rumah, kadang semuanya terasa serba tak kena.
Sewaktu di rumah, bersungguh jaga apa yang mereka makan, tapi di luar rumah, terkadang, mereka beli juga apa yang kita larang.
Di rumah, bersungguh kita jaga apa yang mereka tonton, di sekolah entah apa yang dipertontonkan oleh kawan-kawan.
Bila mereka meminta sesuatu, otak kita yang letih menimbang tara antara perlu atau tak perlu. Beri salah, tak beri salah. Zaman remaja kita dan zaman remaja mereka tak sama. Lain cabarannya. Allah..Allah.. penat rasanya bergelut dengan 'trial and error'.
Sebagai ibubapa, kita sentiasa mahu melakukan hal yang betul tapi kadang tersalah juga. Merintih, meratap, merayu.. 'Ya Allah.. tolonglah aku! Tolonglah jaga anak-anakku!'
Kadang saya menyalahkan diri sendiri. Saya yang nakal ketika remaja, inilah padahnya bila anak-anak pula tidak mahu mendengar kata. Basah kuyup telekung melontarkan doa meminta Allah memberi ihsan-Nya dalam soal kafarah.
"Ya Allah, kalau pun aku harus dihukum, janganlah Kau libatkan anak-anakku."
Itu ratapan seorang pendosa yang selalu berasakan dosa orang lain juga berkait dengan dosanya. Itu ratapan saya.
Tapi ada juga ratapan daripada insan-insan mulia yang teruji dengan ujian yang sama. Mereka ustaz, ustazah, doktor falsafah, baik dan lemah lembut saja pada pandangan mata kita.
Tapi anaknya...
.... dan tragedi Nabi Nuh terpisah dengan anak isteri pun berulang lagi. Sungguhlah. Iman tidak boleh diwarisi. Hidayah itu milik Allah!
Tidak ada yang aneh tentang tragedi ini, kawan-kawan. Seawal kehidupan manusia di dunia, seawal sirah Nabi Adam, kita sudah pun dihadapkan dengan jenayah yang kejam. Kisah Habil dan Qabil. Kisah seorang abang yang tergamak membunuh adiknya sendiri. Dan mereka anak-anak Nabi!
Maka bukan satu hal yang aneh dengan apa yang berlaku pada hari ini. Anak-anak remaja yang memang bermasalah membakar guru dan pelajar tahfiz Ittifaqiyah. 23 nyawa rentung!
Ya. Kita sedih. Kita marah. Tapi jangan pula lupa ADAB kita sebagai seorang hamba yang sedang berdepan dengan takdir Allah.
Dunia akhir zaman. Kita terima tragedi ini sebagai pembuktian dari amaran Rasulullah. Inilah sebahagian tanda-tanda dunia sudah makin hampir ke penghujungnya. Iaitu bila mana semakin banyak orang-orang soleh dicabut nyawa mereka hingga nanti yang tinggal adalah sekutu-sekutu syaitan bertopengkan manusia.
Memang inilah carta alirannya. Kita tak mampu menentang arus, tapi usaha dakwah mesti terus! Kita cuba selamatkan diri kita, terus gigih selamatkan anak-anak kita, juga sesiapa saja yang mahu sama-sama ke syurga.
Dunia akhir zaman. Rasa kasih dan kasihan kita pada anak-anak tidak boleh lagi 'semurni' kasih seorang ayah dalam Anakku Sazali.
Tapi kita harus punya hati sekeras Nabi Nuh yang walau pun sayang pada anak-anak tapi agama Allah mengatasi segala-galanya.
Kita harus sedia bertegas seperti Rasulullah yang sedia memotong tangan Fatimah jika puteri kesayangannya itu mencuri.
Dan kita sepatutnya bertegas juga untuk kes kejadian jenayah ke atas Tahfiz Ittifaqiyah ini!
Dalam hukum Islam, tidak ada istilah bawah umur 18 tahun. Asal saja baligh, mereka perlu diadili dan berdepan hukuman sewajarnya. Maka kita berdoa agar pihak berwajib dapat memberikan keadilan buat keluarga mangsa.
Dan kita..
Cukuplah dengan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Kita semak kediaman kita. Adakah sudah cukup selamat? Apa yang perlu dilakukan jika berlaku bencana?
Semak anak-anak kita, anak buah kita, anak murid kita. Adakah mereka mendapat perhatian secukupnya? Apa lagi yang boleh kita bantu? Apa lagi yang perlu?
Paling penting, semak juga hati kita. Kita tak bunuh orang, tak bakar orang, tak bermakna kita lebih mulia dari anak-anak remaja itu. Ingat! Allah boleh menjadikan hamba-Nya sesat dan boleh menerima taubat hanya dalam kiraan saat.
Maka dalam melayan apa pun emosi kita berdepan tragedi ini, tak perlulah berlebihan mengutuk orang lain. Lebihkan muhasabah dan perbaiki diri kita sendiri.
Istighfar.
Kami memohon keampunan dan perlindungan dari-Mu Ya Allah. Amin. Amin.
-Bonda Nor-
(Dari FB Bonda Nor)

Kau tahu kawan
21 orang anak ke syurga itu adalah anak kita.
7 orang itu juga adalah anak kita.
7 orang itu juga adalah anak kita.
Kitalah, kita,
Kita yang belum apa-apa sudah menjadi hakim,
Kita yang belum apa-apa menunding jari melepaskan diri,
Kita yang belum apa-apa sudah sibuk menjatuhkan hukum.

Yang mendengar perkataan "mengejek" pun sudah sibuk mengeluarkan teori,
Seolahnya kita turut di sana,
Mendengar setiap patah kata.

Yang sudah gagal mengeja sabar,
Belum apa-apa sudah menuturkan tinta,
Budaya mengecam walau pada nasihat,
Budaya menularkan berita walaupun belum sahih,
Budaya membesar-besarkan cerita walau hanya isu kecil.
Budaya yang mahu tunjuk akulah yang betul, akulah yang benar, akulah yang bijak.

Kau tahu kawan,
Saat 23 keluarga menghantar kecintaan mereka ke syurga,
Ada 7 keluarga lain sedang terkejut,
Entah apakah perasaan ini?
Dari semalam cuba menghadam,
Sejauh ini mereka kefikiran.
Ada 7 keluarga lain sedang terkejut,
Entah apakah perasaan ini?
Dari semalam cuba menghadam,
Sejauh ini mereka kefikiran.
Siapa ibu bapanya?
Generasi kitalah,
Usia kita,
Yang bergelut dengan bejatnya dunia,
Guru tidak boleh mendidik,
Jiran tidak boleh menegur,
Sedang kita tahu,
It takes a nation to raise a kid.
Generasi kitalah,
Usia kita,
Yang bergelut dengan bejatnya dunia,
Guru tidak boleh mendidik,
Jiran tidak boleh menegur,
Sedang kita tahu,
It takes a nation to raise a kid.
Hari ini,
Tariklah nafas dalam-dalam,
Berkuatlah kita semua,
Hanya ada tiga hari saja dalam kehidupan.
Hari semalam yang telah kita tinggalkan,
Hari ini yang esoknya kita tentukan,
Dan esok yang kita doakan supaya baik-baik sahaja.

Semoga kita belajar dari semalam untuk hari ini berusaha melengkapkan generasi esok.
Ummi Lily,
Aku hidup dalam zaman edan.
Aku hidup dalam zaman edan.
(Dipetik dari FB Lily Moha)
Allah Timpakan MUSIBAH Kerana 3 PERKARA Ini, Baca Luahan Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad Yang Amat Menginsafkan
Adakah kita menyebarkan kasih sayang, penghargaan, menghormati orang atau sebaliknya? Atau kesombongan, keganasan, menunjuk-nunjuk, materialistik dan hedonisme?
Allah Timpakan MUSIBAH Kerana 3 PERKARA Ini, Baca Luahan Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad Yang Amat Menginsafkan
Allah Timpakan MUSIBAH Kerana 3 PERKARA Ini, Baca Luahan Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad Yang Amat Menginsafkan
Bakar pusat tahfiz: 'Apa sudah jadi dengan anak muda kita?' - Tan Sri Lee Lam Thye
Kuala Lumpur, 17 Sept: Masyarakat negara ini perlu memikirkan secara serius dan mendalam tindakan anak muda yang sanggup melakukan kesalahan hingga membakar sebuah pusat tahfiz, kata Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah, Tan Sri Lee Lam Thye.
Jelas beliau, kegagalan insitusi keluarga menjadi punca utama mengapa kanak-kanak di bawah umur melakukan kesalahan jenayah seumpama itu.
"Apa sudah jadi hari ini dengan anak muda kita? Bagaimana mereka dididik dan dibesarkan untuk mereka membezakan mana baik dan buruk?
"Mengapa kumpulan remaja ini sanggup terlibat dalam perbuatan ganas seperti membakar (pusat tahfiz)?," katanya semasa ditemubual dalam Buletin Awani Khas di sini
Tambahnya, kegagalan membentuk jati diri yang baik di kalangan anak-anak menyebabkan mereka tidak mampu membezakan antara baik buruk sesuatu perkara.
Pada masa sama katanya, ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai pergerakan anak-anak mereka bagi mengelak mereka melakukan kesalahan jenayah.
"Apa peranan ibu bapa? Adakah mereka tahu apa mereka lakukan? Ditambah pula dengan faktor media sosial yang banyak memberi kesan kepada anak muda hari ini," ujarnya.
Justeru, beliau berharap tragedi yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menjadi iktibar dan semua pihak terlibat perlu memainkan peranan masing-masing dengan mengambil tindakan sewajarnya agar kejadian sama tidak berulang.
Pada Sabtu, polis menahan tujuh remaja bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Mereka berumur di antara 11 dan 18 tahun dan bukan pelajar dari pusat tahfiz berkenaan.
Penahanan itu dilakukan hasil pengecaman wajah seorang remaja melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut.
23 orang termasuk dua penjaga pusat tahfiz terkorban dalam kebakaran yang berlaku pada Khamis lalu.
(Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bakar-pusat-tahfiz-apa-sudah-jadi-dengan-anak-muda-kita-155475)

Kebakaran pusat tahfiz: Tujuh fakta susulan penahanan suspek
KUALA LUMPUR: Berikut tujuh fakta ringkas yang dipetik daripada sidang media khas oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang dijalankan pada 16 Sept 2017, jam 8 malam.
1. Kebakaran akibat khianat berpunca daripada tindakanejek mengejek teguran-menegur di antara suspek dengan penghuni asrama pusat tahfiz.
2. Semua tujuh suspek yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun dan tidak bersekolah.
3. Enam daripada mereka positif dadah jenis ganja dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan merusuh dan curi kenderaan.
4. Polis sahkan dua tong gas yang ditemukan di tingkat dua dibawa naik dari tingkat bawah.
5. Polis rampas lima helai seluar dan baju, empat topi keledar, tiga motosikal dan tiga telefon bimbit.
6. Pelajar tahfiz yang ditahan sebelum ini bukan suspek, tidak mengenali suspek dan terselamat daripada menjadi mangsa kerana tidur di surau pada hari kejadian.
7. Rakaman CCTV premis berhampiran bantu dalam memberi petunjuk terhadap penahanan semua suspek.
1. Kebakaran akibat khianat berpunca daripada tindakan

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah 2017
Pada kira-kira jam 5:10 pagi, 14 September 2017, telah berlakunya satu kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, iaitu sebuah madrasah tahfiz lelaki di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang menyebabkan 23 orang penghuni yang terdiri daripada 21 orang pelajar dan dua orang guru terbunuh.
Api dikatakan bermula pada lebih kurang 5:10 pagi di tingkat kedua dan teratas bangunan madrasah tersebut. Selepas itu, api merebak ke seluruh bangunan sehingga menghalang satu-satunya pintu masuk dan memerangkap penghuni-penguni sehingga tidak dapat diselamatkan. Tambahan pula, tingkap-tingkap di bangunan tersebut dipasang dengan jeriji-jeriji yang menyukarkan kebanyakan penghuni untuk menyelamatkan diri. Saksi melaporkan penghuni yang terselamat pula dikatakan terpaksa membuka jeriji di tingkap bangunan dan ada juga yang keluar mengikut saluran paip air pada bangunan tersebut. Saksi-saksi juga dilaporkan ingin menyelamatkan penghuni yang terperangkap tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana api merebak dengan sungguh cepat. Api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba pada kira- kira 6:40 pagi.
Latar belakang

Kronologi kejadian
Siasatan dilakukan oleh pihak polis dan bomba untuk mencari punca kebakaran. Pada awalnya pihak bomba mengatakan mungkin berpunca dari litar pintas. Selepas siasatan penuh dilakukan dan beberapa CCTV milik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diteliti, beberapa suspek dikenalpasti menceroboh kawasan PPIM sebelum ke kawasan madrasah tahfiz tersebut pada pukul 3:10 pagi. Pada pukul 1:30 pagi, terdapat dua kelibat mencurigakan menaiki motorsikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol.
Pada 16 September, tujuh suspek tersebut ditahan di lokap Balai Polis Jinjang. Manakala mangsa yang terselamat ditahan di kem Kementerian Pertahanan sebelum ditempatkan di premis rahsia disekitar Keramat pada 15 September. Bilangan yang terselamat juga turut dirahsiakan. Hanya waris terdekat sahaja dibenarkan masuk. Ini bertujuan melindungi mangsa dari didekati oleh pihak tertentu.
Menurut sebuah sidang khas oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, suspek-suspek dipercayai bertindak membakar tahfiz tersebut akibat insiden ejek-ejekan antara penghuni tahfiz dan pihak suspek. Menurut beliau, enam daripada tujuh suspek disahkan positif dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kesalahan merusuh dan mencuri kenderaan. Suspek-suspek tersebut berumur antara 11 dan 18 tahun.
Mangsa
23 orang yang terbunuh dalam insiden ini, kebanyakannya pelajar dan dua guru berserta nama dan umur mereka seperti yang tertera di bawah:
Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban dan salam takziah kepada keluarga mereka.
(Sumber: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kebakaran_Darul_Quran_Ittifaqiyah_2017)
|
Subscribe to:
Posts (Atom)