Pages

Showing posts with label teenagers. Show all posts
Showing posts with label teenagers. Show all posts

Tuesday, September 26, 2017

Ugut guru. Apa sudah jadi dengan murid-murid hari ini?

*UGUT GURU: APA DAH JADI DGN MURID2 HARI INI..?*

Kami para guru disekolah seluruh negara tidak pernah membuat tayangan cerita 'blue' kat murid-murid. Apatah lagi kat murid sekolah  rendah. 

Jadi dari mana mereka belajar tentang hal ini? *Sehingga melukis gambar lucah cikgu sendiri dan berkongsi pula dengan rakan-rakan.* 

Amat menyedihkan akhlak anak-anak sekarang, *berani mengugut untuk merogol guru mereka sendiri.* 

Ugutan ROGOL tuan puan. Bukan ugutan mencalar kereta atau sekadar melawan dengan kata-kata. 

Lebih menyedihkan, *ugutan ini keluar dari murid sekolah rendah.* Yang usianya belum pun mencapai 13 tahun lagi. Apa hal ini kita masih boleh menutup mata? 

Semalam saya berkongsi gambar pelajar lelaki *yang mengacungkan jari tengah (simbol fuck) kepada guru mereka.* Hari ini guru tersebut bercerita, 

" Murid-murid ini tidur di atas meja kat belakang kelas. Maka aku tutup kipas nak bagi mereka sedar. Murid itu dengan berang berkata, 

' Pantat mana yang tutup kipas ni.'" 

*Hati guru mana yang mampu bersabar kalau dipanggil 'pantat'? Satu gelaran lucah yang amat biadab terhadap seorang guru.*

Sangat kurang ajar! 

*Maka guru itu bertindak balas. Dia ambil gulungan kain dan pukul murid itu. Gulungan kain tuan puan, bukan pukul pakai kayu baseball.* Tiada luka, tiada lebam. 

*Namun murid itu mengadu guru itu memukulnya dengan besi. Sehingga guru itu dipanggil pentadbir dan dikenakan tindakan.*

Alangkah peliknya dunia pendidikan zaman sekarang. Murid biadab, guru cuba mendidik. Namun guru pula yang kena tindakan. 

Apa itu tidak pelik? 

Dan begitulah selalunya. Apa jua tindakan guru, anak-anak pulang melapor kepada ibubapa dengan kisah yang diputar belit. Ibu bapa datang menyerang, datang membuat aduan malah ada yang memfailkan saman. 

Maka akhirnya, guru juga yang bersalah. Guru juga yang dikenakan tindakan. 

Dan sahabat saya itu, kini hatinya sudah tawar. Tawar sudah hendak menegur dan mendidik. 

"Aku buat kerja aku saja. Malas dah nak ambil tahu dan didik lebih-lebih. Aku serik." 

*Bilamana sang guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan anak-anak kita, maka tunggulah saat kehancuran. Percayalah!*

Tolong sampaikan kepada seberapa ramai yang boleh untuk anak bangsa kita dimasa depan.'bukan untuk membela guru'.😔😔😭.....

CnP kisah benar.

Friday, September 22, 2017

Lalok hilang stres

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Tiga remaja lelaki berusia 13 hingga 16 tahun memberi alasan tertekan dengan masalah keluarga hingga terjebak mengambil dadah apabila ditahan di sebuah pusat siber di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, kelmarin.
Semua remaja itu yang tidak bersekolah memberitahu ibu bapa mereka sudah bercerai dan diabaikan keluarga menyebabkan menghabiskan masa di luar sebelum mengambil ganja untuk menghilangkan tekanan.
Mereka antara lapan individu yang ditahan berusia 13 hingga 23 tahun dalam serbuan dijalankan sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Cheras dalam pemeriksaan kira-kira jam 4 pagi.
Ketua Pegawai AADK Daerah Cheras Mohd Azlan Ahmad berkata, ketiga-tiga remaja itu ditahan selepas didapati positif ganja bersama lima individu lain di premis berkenaan.
“Soal siasat terhadap ketiga-tiga remaja ini mendapati mereka sering datang ke pusat siber itu untuk bermain permainan video dalam talian.
“Malah, mereka mengakui menghabiskan banyak masa di pusat siber berkenaan hingga sanggup tidur di premis terbabit semata-mata tidak mahu pulang ke rumah masing-masing,” katanya.
Katanya, ada di antara remaja itu mengakui mula mengambil dadah pada usia 12 tahun kerana masalah keluarga dan diabaikan hingga mereka tercicir persekolahan.
“Salah seorang remaja itu memberitahu dia tinggal bersama ibunya yang sibuk bekerja hingga diabaikan selepas ibu bapanya bercerai beberapa tahun lalu.
“Akibat tertekan, remaja itu mendakwa nekad mengambil ganja untuk menghilangkan tekanan dan mendapatkan keseronokan di luar berbanding duduk di rumah,” katanya.
Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Daerah Cheras untuk siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Monday, September 18, 2017

Lihatlah Keadaan Dunia Sekarang, Bunuh, Buli Dan Zina Bukti Generasi Kita Generasi Yang Tenat

Malaysia masih lagi berduka dengan tragedi menyayat hati kebakaran tahfiz yang mengorbankan lebih dari 20 orang. Tapi yang lebih mengejutkan adalah punca kepada kejadian itu dan si pelakunya. Siapa sangka, dendam antara remaja boleh membawa kepada satu kejadian yang mengerikan. Dengan tersebarnya gambar-gambar suspek pembunuh pelajar tahfiz, pasti ramai daripada kita terkedu melihat kepada wajah-wajah suspek yang masih lagi di bawah umur.

Namun kejadian tersebut hanyalah sebahagian daripada masalah-masalah yang melibatkan remaja kita. Kes buli, samseng jalanan, zina dan buang bayi serta bunuh adalah antara gejala sosial yang melanda remaja masa kini.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai sebagai Haatim Roslan telah berkongsi pendapatnya mengenai generasi hari ini serta memberikan beberapa saranan yang boleh diambil perhatian. Kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda.


Generasi yang tenat.

Mari lihat balik peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2017.

18 Feb : 8 nyawa remaja melayang dirempuh kereta di lebuhraya pada jam 2 pagi.

1 Jun : Seorang siswa UPNM dibuli dan diseterika seluruh badannya sehingga mati.

10 Jun : JPN mengesahkan hampir 500K lebih anak luar nikah daripada tahun 2006 sehingga Jun 2017.

14 September : 7 remaja ditahan kerana telah menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah dan menyebabkan 20 orang mati syahid. Dan diantara suspek masih dibawah umur.

Dan ada banyak lagi peristiwa lain.

Bukalah mata.

Something wrong pada generasi yang kita lahirkan sekarang.

Bukannya masa untuk menuding kesalahan pada sesiapa. Dan masih tidak terlambat untuk mengubahnya.

Awamnya tahu,

Pendidikan itu bermula di rumah. Kanak-kanak akan melihat dan belajar daripada suasana keadaan persekitarannya dalam meniti usia remaja.

Kata Baginda saw.

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ

"Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik."

Saya berpesan pada ibu bapa bantulah kami guru untuk membentuk akhlak yang terbaik buat anak-anak kalian.

Hindarilah perkataan yang tak elok.

Lazimilah anak-anak sejak dari lahir untuk mendengar ayat-ayat suci Quran.

Selalulah menasihati anak-anak.

Ajarlah anak menutup aurat dengan sempurna.

'Ada' kan masa untuk bersama keluarga.

Paksalah anak untuk solat.

Lihatlah keadaan dunia sekarang.

Jangan terlalu alpa mengejar harta sampai terlupa harta yang lebih bernilai didepan mata. Anak adalah aset dan pemberi syafaat dihari yang mana harta sebesar dunia pun takkan dapat membantu lagi,

Semoga kita, dapat bersatu kembali diakhirat nanti sebagai sebuah keluarga tanpa ada yang tertinggal.

Doa saya.

رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati , dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

Akhir kata,

Tepuk dada, tanya iman.

Anak jenis apa yang kamu ingin lahirkan?

Sumber :Haatim Roslan

When the fact is too bitter to shallow

I think that the resentment came from not only the 'ejekan' but because of the hate & jealousy thst was there from the start..
The tahfiz boys was the epitome of something that they were not and could never be..
The victims had bright future.. loved by parents enough to be sent there.. monitored & disciplined by teachers.. looked upon by society with admiration.. budding scholars.. nutritious food were provided for them everyday..
While the perpetrators had no education to their name, probably not even a birth certificate.. activities totally ignored by parents and certainly the parents did not love them enough to make sure they were sent to school.. they had no teachers to guide them and be their mentors.. society probably looked at them with scorn and disgust and probably some compared them openly with the tahfiz boys.. others would pretend they were invisible, which is worse in many ways.. their only food was drugs.. future already very dark & hopeless..
The 'ejekan' was only a catalyst for what they had been wanting to do for a long time, the final straw..
When they were burning live humans, for them murder was just a by-product of them erasing the embodiments that reminded them just how much of - for lack of bettter word - LOSERS they were
The remorse & guilt was not there, because for them they were just destroying something that had irked them for a long time.. they never think that the 'something' had souls.. or families..
The consequences did not matter, it never did for people who had long lost their cause-and.-effect and empathy part of the brain due to intoxicating substance
This is my only explanation for something so heinous & disturbing that it keeps you awake at night.. it is no comfort, just a theory so that somehow you can digest that something like this exist in this world.. just digest and that's it, because acceptance will never come..

(Dari FB Kisyanda Mariz Mohamed)

Remaja. Bukan senang mendidik mereka.

Saya memang terkedu sungguh bila tahu tentang dalang di sebalik kebakaran  Tahfiz Ittifaqiyyah. Ia sama sekali diluar jangkaan saya.

23 nyawa terkorban sekelip mata gara-gara dosa dan kesilapan anak-anak remaja. Allahu Rabbi. No word can describe my heart!

Remaja! Saya juga pernah menjadi seorang remaja. Kini menjadi ibu kepada anak-anak remaja. Kadang pening kepala juga dengan kerenah mereka!

Saya tahu betapa remaja kadang berbuat sesuatu tanpa fikir panjang. Tak fikir kesan. Buat. Kadang berbangga-bangga. Buat. Kadang menyesal tak terhingga.

Remaja. Bukan senang mendidik mereka.

Menjaga keperluan mereka di rumah, memantau perlakuan dan pergaulan mereka di luar rumah, kadang semuanya terasa serba tak kena.

Sewaktu di rumah, bersungguh jaga apa yang mereka makan, tapi di luar rumah, terkadang, mereka beli juga apa yang kita larang.

Di rumah, bersungguh kita jaga apa yang mereka tonton, di sekolah entah apa yang  dipertontonkan oleh kawan-kawan.

Bila mereka meminta sesuatu, otak kita yang letih menimbang tara antara perlu atau tak perlu. Beri salah, tak beri salah. Zaman remaja kita dan zaman remaja mereka tak sama. Lain cabarannya. Allah..Allah.. penat  rasanya bergelut dengan 'trial and error'.

Sebagai ibubapa, kita sentiasa mahu melakukan hal yang betul tapi kadang tersalah juga. Merintih, meratap, merayu.. 'Ya Allah.. tolonglah aku! Tolonglah jaga anak-anakku!'

Kadang saya menyalahkan diri sendiri. Saya yang nakal ketika remaja, inilah padahnya bila anak-anak pula tidak mahu mendengar kata. Basah kuyup telekung melontarkan doa meminta Allah memberi ihsan-Nya dalam soal kafarah.

"Ya Allah, kalau pun aku harus dihukum, janganlah Kau libatkan anak-anakku."

Itu ratapan seorang pendosa yang selalu berasakan dosa orang lain juga berkait dengan dosanya. Itu ratapan saya.

Tapi ada juga ratapan daripada insan-insan mulia yang teruji dengan ujian yang sama. Mereka ustaz, ustazah,  doktor falsafah, baik dan lemah lembut saja pada pandangan mata kita.

Tapi anaknya...

.... dan tragedi Nabi Nuh terpisah dengan anak isteri pun berulang lagi.  Sungguhlah. Iman tidak boleh diwarisi. Hidayah itu milik Allah!

Tidak ada yang aneh tentang tragedi ini, kawan-kawan. Seawal kehidupan manusia di dunia, seawal sirah Nabi Adam, kita sudah pun dihadapkan dengan jenayah yang kejam. Kisah Habil dan Qabil. Kisah seorang abang yang tergamak membunuh adiknya sendiri. Dan mereka anak-anak Nabi!

Maka bukan satu hal yang aneh dengan apa yang berlaku pada hari ini. Anak-anak remaja yang memang bermasalah  membakar guru dan pelajar tahfiz Ittifaqiyah. 23 nyawa rentung!

Ya. Kita sedih. Kita marah. Tapi jangan pula lupa ADAB kita sebagai seorang hamba yang sedang berdepan dengan takdir Allah.

Dunia akhir zaman. Kita terima tragedi ini sebagai pembuktian dari amaran Rasulullah. Inilah sebahagian tanda-tanda dunia sudah makin hampir ke penghujungnya. Iaitu bila mana semakin banyak orang-orang soleh dicabut nyawa mereka hingga nanti yang tinggal adalah sekutu-sekutu syaitan bertopengkan manusia.

Memang inilah carta alirannya. Kita tak mampu menentang arus, tapi usaha dakwah mesti terus! Kita cuba selamatkan diri kita, terus gigih selamatkan anak-anak kita, juga sesiapa saja yang mahu sama-sama ke syurga.

Dunia akhir zaman. Rasa kasih dan kasihan kita pada anak-anak tidak boleh lagi 'semurni' kasih seorang ayah dalam Anakku Sazali.

Tapi kita harus punya hati sekeras Nabi Nuh yang walau pun sayang pada anak-anak tapi agama Allah mengatasi segala-galanya.

Kita harus sedia bertegas seperti Rasulullah yang sedia memotong tangan Fatimah jika puteri kesayangannya itu mencuri.

Dan kita sepatutnya bertegas juga untuk kes kejadian jenayah ke atas Tahfiz Ittifaqiyah ini!

Dalam hukum Islam, tidak ada istilah bawah umur 18 tahun. Asal saja baligh, mereka perlu diadili dan berdepan hukuman sewajarnya. Maka kita berdoa agar pihak berwajib dapat memberikan keadilan buat keluarga mangsa.

Dan kita..

Cukuplah dengan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Kita semak kediaman kita. Adakah sudah cukup selamat?  Apa yang perlu dilakukan jika berlaku bencana?

Semak anak-anak kita, anak buah kita, anak murid kita. Adakah mereka mendapat perhatian secukupnya? Apa lagi yang boleh kita bantu? Apa lagi yang perlu?

Paling penting, semak juga hati kita. Kita tak bunuh orang, tak bakar orang, tak bermakna kita lebih mulia dari anak-anak remaja itu. Ingat!  Allah boleh menjadikan hamba-Nya sesat dan boleh menerima taubat hanya dalam kiraan saat.

Maka dalam melayan apa pun emosi kita berdepan tragedi ini, tak perlulah berlebihan mengutuk orang lain. Lebihkan muhasabah dan perbaiki diri kita sendiri.

Istighfar.

Kami memohon keampunan dan perlindungan dari-Mu Ya Allah. Amin. Amin.

-Bonda Nor-

(Dari FB Bonda Nor)

Kau tahu kawan



Kau tahu kawan,
21 orang anak ke syurga itu adalah anak kita.
7 orang itu juga adalah anak kita.
Kitalah, kita,
Kita yang belum apa-apa sudah menjadi hakim,
Kita yang belum apa-apa menunding jari melepaskan diri,
Kita yang belum apa-apa sudah sibuk menjatuhkan hukum.
Kitalah, kita,
Yang mendengar perkataan "mengejek" pun sudah sibuk mengeluarkan teori,
Seolahnya kita turut di sana,
Mendengar setiap patah kata.
Kitalah, kita,
Yang sudah gagal mengeja sabar,
Belum apa-apa sudah menuturkan tinta,
Budaya mengecam walau pada nasihat,
Budaya menularkan berita walaupun belum sahih,
Budaya membesar-besarkan cerita walau hanya isu kecil.
Budaya yang mahu tunjuk akulah yang betul, akulah yang benar, akulah yang bijak.
Kau tahu kawan,
Saat 23 keluarga menghantar kecintaan mereka ke syurga,
Ada 7 keluarga lain sedang terkejut,
Entah apakah perasaan ini?
Dari semalam cuba menghadam,
Sejauh ini mereka kefikiran.
Siapa ibu bapanya?
Generasi kitalah,
Usia kita,
Yang bergelut dengan bejatnya dunia,
Guru tidak boleh mendidik,
Jiran tidak boleh menegur,
Sedang kita tahu,
It takes a nation to raise a kid.
Hari ini,
Tariklah nafas dalam-dalam,
Berkuatlah kita semua,
Hanya ada tiga hari saja dalam kehidupan.
Hari semalam yang telah kita tinggalkan,
Hari ini yang esoknya kita tentukan,
Dan esok yang kita doakan supaya baik-baik sahaja.
Semoga kita belajar dari semalam untuk hari ini berusaha melengkapkan generasi esok.
Ummi Lily,
Aku hidup dalam zaman edan.

(Dipetik dari FB Lily Moha)