Pages

Monday, September 18, 2017

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah 2017

Pada kira-kira jam 5:10 pagi, 14 September 2017, telah berlakunya satu kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, iaitu sebuah madrasah tahfiz lelaki di Kampung Datuk KeramatKuala Lumpur yang menyebabkan 23 orang penghuni yang terdiri daripada 21 orang pelajar dan dua orang guru terbunuh.


Latar belakang


Api dikatakan bermula pada lebih kurang 5:10 pagi di tingkat kedua dan teratas bangunan madrasah tersebut. Selepas itu, api merebak ke seluruh bangunan sehingga menghalang satu-satunya pintu masuk dan memerangkap penghuni-penguni sehingga tidak dapat diselamatkan. Tambahan pula, tingkap-tingkap di bangunan tersebut dipasang dengan jeriji-jeriji yang menyukarkan kebanyakan penghuni untuk menyelamatkan diri. Saksi melaporkan penghuni yang terselamat pula dikatakan terpaksa membuka jeriji di tingkap bangunan dan ada juga yang keluar mengikut saluran paip air pada bangunan tersebut. Saksi-saksi juga dilaporkan ingin menyelamatkan penghuni yang terperangkap tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana api merebak dengan sungguh cepat. Api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba pada kira- kira 6:40 pagi.


Kronologi kejadian


Siasatan dilakukan oleh pihak polis dan bomba untuk mencari punca kebakaran. Pada awalnya pihak bomba mengatakan mungkin berpunca dari litar pintas. Selepas siasatan penuh dilakukan dan beberapa CCTV milik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diteliti, beberapa suspek dikenalpasti menceroboh kawasan PPIM sebelum ke kawasan madrasah tahfiz tersebut pada pukul 3:10 pagi. Pada pukul 1:30 pagi, terdapat dua kelibat mencurigakan menaiki motorsikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol.
Pada 16 September, tujuh suspek tersebut ditahan di lokap Balai Polis Jinjang. Manakala mangsa yang terselamat ditahan di kem Kementerian Pertahanan sebelum ditempatkan di premis rahsia disekitar Keramat pada 15 September. Bilangan yang terselamat juga turut dirahsiakan. Hanya waris terdekat sahaja dibenarkan masuk. Ini bertujuan melindungi mangsa dari didekati oleh pihak tertentu.
Menurut sebuah sidang khas oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, suspek-suspek dipercayai bertindak membakar tahfiz tersebut akibat insiden ejek-ejekan antara penghuni tahfiz dan pihak suspek. Menurut beliau, enam daripada tujuh suspek disahkan positif dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kesalahan merusuh dan mencuri kenderaan. Suspek-suspek tersebut berumur antara 11 dan 18 tahun.

Mangsa

23 orang yang terbunuh dalam insiden ini, kebanyakannya pelajar dan dua guru berserta nama dan umur mereka seperti yang tertera di bawah:
  1. Muhammad Danieal Md Amin, age 14
  2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13
  3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14
  4. Muhammad Haikal Abdullah, 12
  5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10
  6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11
  7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11
  8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12
  9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8
  10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan
  11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11
  12. Umar Al Khatab Helmi, 6
  13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11
  14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13
  15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11
  16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10
  17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16
  18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12
  19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13
  20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13
  21. Muhammad Zattulah Roslan, 11
  22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)
  23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban dan salam takziah kepada keluarga mereka.



(Sumber: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kebakaran_Darul_Quran_Ittifaqiyah_2017)

No comments:

Post a Comment